Sunday, 4 August 2013

STPM sistem modular


hari ni,mari kita bercerita mengenai STPM secara lanjut..
      sepertimana yang kita semua ketahui,sekarang ni STPM dah menggunakan sistem baru iaitu sistem modular yang menggantikan sistem terminal.. kalau menggunakan sistem terminal,pelajar STPM a.k.a pra-U ni akan menjalani peperiksaan STPM hanya sekali sahaja iaitu November tahun kedua mereka.. namun, apabila sistem modular digunakan, pelajar perlu menjalani peperiksaan STPM sebanyak 3 kali iaitu di hujung setiap sem.. subjek wajib ialah pengajian am.. 3 subjek lain adalah bergantung kepada aliran & sekolah.. seperti SPM, STPM turut terbahagi kepada 2 aliran iaitu aliran sains & kemanusiaan.. bukan semua sekolah mempunyai kelas sains.. seperti di Kuantan,hanya ada 3 sekolah yang menyediakan aliran sains di peringkat STPM iaitu SMK Abdul Rahman Talib (SMART), SMK Sultan Abu Bakar (SABS) & sekolah saya semasa permulaan menjadi pelajar STPM iaitu SMK Tengku Panglima Perang.. 

         bagi pelajar aliran sains, mereka wajib mengambil subjek pengajian am, Mathematics (T) & Chemistry.. & mereka perlu memilih sama ada mengambil subjek Biology atau Physics.. bagi pelajar aliran kemanusiaan pula, begitu banyak subjek yang boleh mereka pilih.. namun, ianya turut bergantung kepada sekolah.. bukan semua sekolah mempunyai subjek yang sama.. contohnya, SMK Seri Mahkota mempunyai subjek sains sukan tetapi SMK Paya Besar tidak.. seterusnya, SMK Astana tidak mempunyai subjek sejarah seperti kebanyakan sekolah yang lain.. jadi, bagi pelajar yang berminat memasuki tingkatan 6, mereka perlulah membuat kajian subjek & sekolah terlebih dahulu terutama apabila mereka telah mendapat surat tawaran ke tingkatan 6..
    
         mungkin bagi kebanyakan orang, mereka lebih rela belajar untuk tempoh yang lama (diploma).. hanya kerana mendengar khabar bahawa STPM ini susah.. ya,saya mengakuinya.. namun, STPM ini lebih menjamin ketika hendak ke ijazah.. hal ini kerana IPT lebih memandang pelajar STPM berbanding matrik & diploma.. terutama apabila menggunakan sistem modular ini.. pelajar STPM perlu menyiapkan PBS dalam tempoh yang singkat.. PBS ini akan saya terangkan dengan lebih lanjut dalam topik yang seterusnya bagi setiap subjek yang saya ketahui.. PBS ini kebanyakannya dilakukan dalam 1 sem sahaja.. & perlu disiapkan dalam tempoh kira-kira 3 bulan sahaja.. pelajar juga perlu membentangkan hasil kajian mereka (PBS) di hadapan guru-guru.. ada juga yang perlu membentangkannya di hadapan pemantau dari luar.. ini akan melatih diri pelajar supaya lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi di hadapan.. lebih-lebih lagi, pelajar perlu membuat pembentangan bagi subjek-subjek tertentu seperti pengajian am, sejarah, geografi & ekonomi..

          dengan adanya PBS ini, markah bagi setiap sem untuk setiap subjek adalah berbeza.. perkara itu juga akan saya terangkan mengikut subjek dalam post yang akan datang.. setiap kali peperiksaan, pelajar hanya perlu menjawab 1 kertas bagi setiap subjek.. ini bermakna sepanjang setahun setengah itu, pelajar akan menjawab 3 kertas bagi 1 subjek.. masa untuk setiap kertas juga berbeza kerana perkara yang diuji bagi setiap peperiksaan sem itu adalah berbeza.. kelebihannya adalah pelajar boleh menutup buku setelah tamatnya sesuatu peperiksaan itu kerana pelajar hanya akan belajar perkara yang diuji dalam sem itu sahaja.. melainkan pelajar mengulanginya (repeat paper).. jika pelajar repeat paper, mereka perlu membayar RM50 bagi setiap kertas itu..

       nampaknya sampai di sini sahaja.. akan saya sambung perbincangan kita di post akan datang.. insyaAllah..