Monday, 18 July 2016

It's a Birthday post !!


 
Assalamualaikum W.B.T

Hi guys! I’m back. Finally  I’m back to my blog. On my last post, it’s totally in English. Sebenarnya 4 post sis in English tu for my assignment. Dan disebabkan assignment tu la, I’m back! Eventhough  blog ni bersawang selepas ditinggalkan sekian lama, sis punya semangat membara untuk teruskan misi menjadi blogger yang menginspirasi masyarakat  like my idol, Da’i Wan Dazrin  ^^

This post is on 18 July 2016. It’s my birthday! So, I’m officially 21  years old girl. 21 tahun tu maybe pada certain orang tu masih mentah, masih hijau dalam mengenal kehidupan. But honestly 21 tahun ni macam-macam dah rasa, macam-macam dah lalui. Banyak juga yang dah sis belajar walaupun melalui pengalaman orang lain sebab sis ni observer. Suka tengok something dari pelbagai sudut. Always observe pengalaman dan cerita orang. Dalam usia yang Allah kurniakan ni, sis dah pernah rasa kecewa, rasa peritnya perpisahan, rasa rindu yang menjeruk, rasa kegagalan and even  kejayaan juga.

I lost my BFF 3 years ago. Someone who understand me so much, always there for me, always make me smile, lend me his shoulder for me to cry on, a hand that always stand me up everytime I fall. Yes, he is everything. Tapi semua tu tak lama. Allah dah takdirkan hubungan akrab kitorang cuma bertahan less than a year. Tempoh yang penuh memori bersama dia. Without I know why, our relationship end. Maybe hubungan akrab tu terhenti sebab kitorang langsung tak jaga batas. Ya, I admit it! Selalu keluar berdua, study berdua, ke mana-mana even dalam sekolah pun berdua. Someone told me, bila kita buat maksiat terhadap Allah, satu-persatu perkara buruk akan berlaku pada kita. Tu balasan atas dunia untuk kita. Yup, betul la tu. Tak lama lepas tu, result SPM keluar. Tu la kali pertama sis menangis kerana result exam. Sis ingat lagi, sis menangis terduduk kat depan pintu dewan sekolah. Selepas dipujuk ibu and a few of my teachers, baru la sis okey. Result yang teruk, yang buat sis rasa peritnya kegagalan tu.

Dalam masa yang sama, sis hilang lagi another BFF. Kali ni, sebab awek baru dia yang terlalu mengongkong. Dia sampai tahap lost contact dengan semua kawan dia. Langsung senyap, tanpa berita. Setahun juga la. Lepas tu, he back to us. Puas juga la dia minta maaf, pujuk kitorang time tu. Seteruk-teruk kitorang ‘belasah’ dia, teruk lagi ibu yang ‘belasah’. Setengah hari kena soal siasat, kena ceramah free. Mana taknya, masa baik dulu, siap datang rumah malam-malam nak share cerita, nak share problem. Dapat awek baru, terus hilang. We have already warned him, kalau buat lagi, tiada maaf lagi bagi mu! Tapi tu la manusia. Lupa diri, lupa janji. Sudah la! Nyah kau dari hidup kitorang. But please jangan cari kitorang dah lepas ni. Kau dah bahagia dah sekarang. Jangan ganggu kebahagiaan yang kitorang bina tanpa kau ni.

Back to pasal kegagalan time SPM tadi. Kegagalan tu sebenarnya besar hikmahnya pada sis. Result tu bukan totally gagal tapi dikira gagal oleh sis sebab gagal dapatkan target sis, gagal capai harapan ibu, gagal capai cita-cita untuk jadi physiotherapist masa tu. Tapi sebab kegagalan tu la, sis boleh berada di mana sis berada sekarang. Ya, ya. Walaupun baru nak masuk tahun kedua degree September ni. Haha. After result, I wondering what should I do next. Sis ikut nasihat my beloved aunt untuk masuk form 6 sementara tunggu result UPU. So, I did register for my Form 6 in Sekolah Menengah Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad dalam aliran sains. After 2 weeks, result UPU keluar. And of course, sis tak dapat mana-mana offer U to Diploma sebab result yang tak strong mana pun. Sis cuma dapat offer Politeknik. Sis ingat lagi, course yang sis dapat tu sama dengan kawan baik sis masa kat SMKTPPTM tu. Poli yang sama juga. Politeknik Metro Kuantan.

 Everyone asked me, nak ke mana? Teruskan Form 6, masuk Poli or tetap pilih fisioterapi tapi IPTS la. Ibu dengan abah pula memang tak bagi keputusan. Sis yang kena decide sendiri this time. So I asked Allah, which way should I choose. Istikharah! I did it twice or once, not sure. Esoknya bangun, tiba-tiba sis rasa nak buka almari baju sekolah. Sis tengok baju sekolah, lama. Sis terfikir, kalau pakai baju sekolah pun best kan?! At that time Form 6 students still pakai baju sekolah. Then, sis on lappy. Sis search pasal subjek sis. Pengajian Am, Biology, Chemistry and Mathematics T. Sis tahu sis tak boleh go on dengan Chemistry and Math T. Bayangkanlah seminggu belajar tapi sis tak faham satu habuk pun! Sis tanya kawan-kawan sis yang sambung Form 6 in sastera pasal subjek-subjek dorang. Then, I got the answer. Proceed Form 6 but tukar aliran dan tukar sekolah juga. Sis tukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota (SMKSM) sebab tu sekolah yang ada Form 6 aliran sastera yang paling dekat dengan rumah (10 minit) rather than SMKTPPTM (20 – 25 minit). Alhamdulillah, I did the right decision. Dengan usaha diiringi doa especially my mum, sis berjaya in STPM. Lantaran tu, sis berjaya tempatkan diri as International Business Management’s student in UUM. Alhamdulillah.
 


 
 
Betul la kata orang. Setiap yang berlaku, ada hikmahnya. Setiap dugaan, ada bahagianya. Setiap hujan yang turun, ada pelangi yang akan muncul. Dulu, benda-benda macam ni selalu jadi pada orang lain. Sis cuma tengok dan dengar aje ceritanya. Tapi sekarang sis yang ceritakan pada orang lain. Kegagalan tu bukan penamat. Keperitan tu bukan penyakit. Sis tahu banyak lagi yang sedang menanti di depan sis. Banyak lagi yang sis akan lalui, akan hadapi. Tapi pengalaman yang akan membantu kita untuk jadi matang dalam kehidupan, untuk jadi lebih kuat menghadapi ujian yang lebih besar. Kan Allah dah janji, ada ganjaran untuk orang yang sabar. Ujian tu kan tanda kasih sayang Allah pada hambaNya.  

Ni cuma cebisan pengalaman hidup sis. Banyak lagi yang tak mampu sis nak kongsikan kat sini. Kadang sis rasa macam nak jadi motivator. Inspire and motivate people to be a better person. That’s why sis tak pernah tolak kalau cikgu-cikgu panggil sis untuk share pengalaman especially to my junior in SMKSM. Junior kat Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan pun sis tak lupa. Sekolah tu la yang banyak ajar sis erti persahabatan, erti menghargai. I have learnt so much and I want to learn more.

 

An ordinary person who dreams to be an extraordinary person to create more extraordinary people