Wednesday, 3 July 2013

jamuan perpisahan

Perpisahan? Alahai, sebut pun dah agak perit. Inikan pula nak melaluinya. Tapi setiap pertemuan ada perpisahan kan? Disebabkan kitorang suka sangat spend time sama-sama, kitorang pun buat jamuan perpisahan khas sebelum masing-masing menyambung pengajian.  Walaupun tak semua dapat hadir masa jamuan perpisahan ini, alhamdulillah semuanya tetap dapat dijalankan dengan baik. Aktiviti wajib semestinya bakar ayam. Macam dah jadi menu wajib aje. Kali ni,kitorang buat kat rumah Amelia. Masing-masing mendapat jemputan memandangkan ini program istimewa. Ada hadiah untuk semua. Siap beranugerah bagai. Idea siapa la ni ek?! Hehe.. Jemputan tu idea saya rasanya. Anugerah tu pun kalau tak silap. Idea nak buat anugerah tu muncul sebab tahun lepas jamuan akhir tahun pengawas pun buat anugerah jugak. Idea setiausaha pengawas tahun lepas la. Siapa? Tanya la pengawas SMK Pandan.



Haaa, inilah antara kad jemputan yang dibuat. Sebahagian aje la. Masa gambar ni diambil,kad dah diserahkan kepada masing-masing. Gambar yang diambil sebelum kad ini diserahkan dah ter delete hari tu. Huhu! Cuai!




Welcome ex-5Cakna. Inilah yang menjamu mata kami saat kaki kami mula menapak di kediaman Amelia sekeluarga. Sebenarnya, Amelia jarang duduk kat rumah ni. Sebab parents dia takde. So, dia tinggal dengan pak cik dan mak cik di rumah sebelah tu aje.





Kitorang sama-sama memasak, bakar ayam. Perempuan masak, lelaki bakar ayam. Perkara normal tu. Agak-agak la kan, kalau kita tukar jawatan okay tak? Lelaki masak, perempuan bakar ayam. Okay tak? Kelam-kabut la lelaki sebab 6 orang aje. Perempuan pulak sedap goyang kaki. Gambar yang bawah tu, masa masing-masing nak siapkan crown masing-masing. Tak pasti pulak ni idea siapa. Sama ada idea saya atau Syira Zul. Syira, idea siapa ek? Saya tak ingat la. Yang pasti,idea ni muncul sebab group kelas kitorang kat fb, putera puteri 5 Cakna. Fb ni saya yang buat. Senang nak bincang hal kelas.












Memang normal la ni. Nama pun 5Cakna. Memang tak sah la kalau tak bergambar tu. Sambil masak, sambil menunggu, sambil main game, sambil tengok movie, kita gunakalah peluang dan masa tu untuk bergambar. Bukan senang nak jumpa dah lepas ni. Masing-masing dah belajar jauh. Mesti sibuk. Bak kata orang, hargailah segala peluang yang ada selagi kita berpeluang. Peluang datang cuma sekali. Bukan senang nak dapat peluang kali kedua.
Lepas makan, kitorang main game. Macam biasa la. Main pijak belon. Game wajib kitorang tu. Lepas tu, kitorang main belon air. Masa tu, yang main 8 orang aje. Aris dengan Husaini kalah dulu. Basah Husaini sebab belon tu pecah kat dia. Lepas tu, Amelia pula yang kena. Dia yang cadang, dia yang kena. Haha! Lepas main, Aris dengan Edzaidah buat video gwiyomi sambungan kepada video main belon air tu. Last  sekali, Aris pecahkan belon kat atas kepala Edzaidah.


Yang ini, king and queen of the day. Husaini dan Mahanum. Semua orang dapat anugerah masing-masing. Nak tahu ke senarai tu?
putera blur : Husaini
putera caring : Amar
putera cute : Faisal
putera tidur : Abdul Rahman
putera muscle : Iskandar
putera eeeeeedaman : Aris
puteri pintar : Syerah Azizan
puteri cilik : Mahanum
puteri senyum : Azlinda
puteri fesyen : Rosma
puteri kreatif : Fatin
puteri perasan : Farahim
puteri ketawa : Adillah
puteri nakal : Syira Zul
puteri cermin : Edzaidah
puteri snap : Aini
puteri ayu : Dayana
puteri muslimah : Farisha
puteri panik : Amelia

Setiap anugerah tu hanya kitorang aje yang tahu sebabnya. Sebab kitorang yang lebih kenal 'adik-beradik' kitorang. Dorang pun terima anugerah yang dorang dapat tu dengan hati terbuka. Alhamdulillah, tak ada yang kecik hati









Ini idea tuan rumah, Amelia. Semua orang akan tulis kata-kata terakhir sebagai pesanan untuk semua. Ini cuma sebahagian aje. Yang lain, tak dapat nak masukkan atas sebab-sebab privacy.. Harap maklum.
Bila berakhirnya aktiviti hari tu, kitorang pun sedar yang kitorang dah nak berpisah. InsyaAllah, berpisah di mata tapi bukan berpisah di hati. Mudah-mudahan ikatan ukhuwah yang dibina akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat sepertimana yang telah kita janjikan sebelum ini.





No comments:

Post a Comment