Lafaz Bismillah pembuka bicara
Izinkan saya menitip seloka
Usah bimbang hanya bersenda
Assalamualaikum buat semua..
5Cakna kelas berprestij di abad ini
Berinovasi canggih setiap hari
6 putera dan 14 puteri
Pelbagai karenah mencuit hati..
Bermula dengan ibunda empunya peri
Teramat kasih cintakan kami
Puan Nor Akhmar orangnya baik sekali
Ajar Kimia teori amali..
Gelaran ‘MOYA’ penghormatan padanya
Ketua kelas itulah jawatannya
Khairul Husaini nama sebenarnya
Sentiasa sabar melayan anak buahnya..
Siti Syahirah puteri bestari
Orangnya ayu dan tenang sekali
Jawatan disandang penolong kelas ini
‘Jaejoung’ menjadi pujaan hati..
Penghulu bendahari empunya diri
Orangnya anggun dan berdikari
Cakap orang putih terpegun kami
Itulah Amelia dari Arab Saudi..
Ketua pelajar jawatan tertingginya
Mohamad Iskandar ayah namakannya
Biarpun selamba tegas orangnya
Kalau dah marah boleh tahan juga..
Syira dijadikan nama gelaran
Orangnya tegas lagi berperanan
Aktif juga dalam bidang sukan
Penolong Ketua Pelajar SMK Pandan..
Inilah dia s/u tercinta kami
Ambil kedatangan pengawas setiap hari
Orangnya rajin dan berdisiplin diri
Azmieralah bakal Pakar Sakit Puan kami..
Farahim Zamri itulah namanya
Cantik,lembut,baik oranynya
Sekali pandang terserlah ayunya
2 kali pandang “jangan!berdosa”..
Orangnya tinggi cantik sekali
Menjadi saintis impian diri
Itulah Aini berkaca mata seksi
Moga-moga Berjaya ke U nanti..
Adillah ok,ok orangnya
Tak tahu ‘Add Math’ tanyalah dia
Apabila marah harus berjaga
Nanti meletus Perang Dunia Ke-3..
Fatin Amiera kreatif orangnya
Asyik belajar tak kira masa
Tidak pernah jemu tekun berusaha
Hajat di hati sama-sama Berjaya..
Comel dan nakal itulah orangnya
Atikah Dayana nama sebenarnya
Berkain merah melambangkan jawatannya
Semoga nanti kita akan Berjaya..
Faisal pula comel orangnya
Bercita-cita menjadi peguam ternama
Berkaca mata nampak inteleknya
Wah tembamnya pipi nak cubit rasanya..
Jejaka perasan di kelas kami
Aris Ahmad cerintanya bersiri
Bab berpantun kreatif sekali
Oww,anak emas Pn. Rosliah la ni..
Senyumannya manis sekali
Rosfarisha tuan empunya diri
Sentiasa duduk mendiamkan diri
Kalau dah gelak terus lupa diri..
Pengawas koko jawatan diberi
Tiba pula Edzaidah empunya diri
Beli cermin untuk hias diri
Sentiasa menjaga penampilan diri..
AJK kebersihan itulah jawatannya
Orangnya rajin pembersih semestinya
Sekali tengok ‘tingkatan 1’ agaknya
Bila 2 kali pandang Mahanum rupanya..
Kalau bercakap mengarut selalu
Sorok barang tak pernah nak mengaku
Ke mana saja pasti ‘bersamamu’
Itulah Rahman teman setia Amar la tu..
Ceria dan mesra Amar orangnya
Jangan digoda sudah berpunya
Menolong sahabat itulah kelebihannya
Apabila belajar serius sentiasa..
Pengawas sekolah jawatan diberi
Inilah Linda empunya peri
Jaga pagar setiap hari
Woii..Cikgu Basri kat belakang cepat la lari..
Pemantun terbaik 2011
Dari Siam menetap di Taman Tas
Berkepit dengan Linda di dalam kelas
Rosmawati Tahir memang ada kelas..
Ampun dan maaf saya pinta
Harap-harap jangan terasa
Penulis sendiri ada ceritanya
Kalau tak percaya bacalah semula..
Untuk semua rakan tercinta
Jadikanlah kenangan kita bersama
Dah Berjaya nanti jangan lupa bercerita
Tentana hebatnya kelas kita..
Habis sudah seloka kami
Untuk tatapan semua pembaca
Sebutlah 5Cakna itulah kami
Wa illal liqak penutup bicara..
Ditulis oleh : Mahanum Muhamad Sakri
Diedit oleh : Fatin Nur Azmiera Abd Halin
No comments:
Post a Comment