Sunday, 4 August 2013

STPM sistem modular


hari ni,mari kita bercerita mengenai STPM secara lanjut..
      sepertimana yang kita semua ketahui,sekarang ni STPM dah menggunakan sistem baru iaitu sistem modular yang menggantikan sistem terminal.. kalau menggunakan sistem terminal,pelajar STPM a.k.a pra-U ni akan menjalani peperiksaan STPM hanya sekali sahaja iaitu November tahun kedua mereka.. namun, apabila sistem modular digunakan, pelajar perlu menjalani peperiksaan STPM sebanyak 3 kali iaitu di hujung setiap sem.. subjek wajib ialah pengajian am.. 3 subjek lain adalah bergantung kepada aliran & sekolah.. seperti SPM, STPM turut terbahagi kepada 2 aliran iaitu aliran sains & kemanusiaan.. bukan semua sekolah mempunyai kelas sains.. seperti di Kuantan,hanya ada 3 sekolah yang menyediakan aliran sains di peringkat STPM iaitu SMK Abdul Rahman Talib (SMART), SMK Sultan Abu Bakar (SABS) & sekolah saya semasa permulaan menjadi pelajar STPM iaitu SMK Tengku Panglima Perang.. 

         bagi pelajar aliran sains, mereka wajib mengambil subjek pengajian am, Mathematics (T) & Chemistry.. & mereka perlu memilih sama ada mengambil subjek Biology atau Physics.. bagi pelajar aliran kemanusiaan pula, begitu banyak subjek yang boleh mereka pilih.. namun, ianya turut bergantung kepada sekolah.. bukan semua sekolah mempunyai subjek yang sama.. contohnya, SMK Seri Mahkota mempunyai subjek sains sukan tetapi SMK Paya Besar tidak.. seterusnya, SMK Astana tidak mempunyai subjek sejarah seperti kebanyakan sekolah yang lain.. jadi, bagi pelajar yang berminat memasuki tingkatan 6, mereka perlulah membuat kajian subjek & sekolah terlebih dahulu terutama apabila mereka telah mendapat surat tawaran ke tingkatan 6..
    
         mungkin bagi kebanyakan orang, mereka lebih rela belajar untuk tempoh yang lama (diploma).. hanya kerana mendengar khabar bahawa STPM ini susah.. ya,saya mengakuinya.. namun, STPM ini lebih menjamin ketika hendak ke ijazah.. hal ini kerana IPT lebih memandang pelajar STPM berbanding matrik & diploma.. terutama apabila menggunakan sistem modular ini.. pelajar STPM perlu menyiapkan PBS dalam tempoh yang singkat.. PBS ini akan saya terangkan dengan lebih lanjut dalam topik yang seterusnya bagi setiap subjek yang saya ketahui.. PBS ini kebanyakannya dilakukan dalam 1 sem sahaja.. & perlu disiapkan dalam tempoh kira-kira 3 bulan sahaja.. pelajar juga perlu membentangkan hasil kajian mereka (PBS) di hadapan guru-guru.. ada juga yang perlu membentangkannya di hadapan pemantau dari luar.. ini akan melatih diri pelajar supaya lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi di hadapan.. lebih-lebih lagi, pelajar perlu membuat pembentangan bagi subjek-subjek tertentu seperti pengajian am, sejarah, geografi & ekonomi..

          dengan adanya PBS ini, markah bagi setiap sem untuk setiap subjek adalah berbeza.. perkara itu juga akan saya terangkan mengikut subjek dalam post yang akan datang.. setiap kali peperiksaan, pelajar hanya perlu menjawab 1 kertas bagi setiap subjek.. ini bermakna sepanjang setahun setengah itu, pelajar akan menjawab 3 kertas bagi 1 subjek.. masa untuk setiap kertas juga berbeza kerana perkara yang diuji bagi setiap peperiksaan sem itu adalah berbeza.. kelebihannya adalah pelajar boleh menutup buku setelah tamatnya sesuatu peperiksaan itu kerana pelajar hanya akan belajar perkara yang diuji dalam sem itu sahaja.. melainkan pelajar mengulanginya (repeat paper).. jika pelajar repeat paper, mereka perlu membayar RM50 bagi setiap kertas itu..

       nampaknya sampai di sini sahaja.. akan saya sambung perbincangan kita di post akan datang.. insyaAllah..

Wednesday, 3 July 2013

seloka 5 Cakna 2012

Lafaz Bismillah pembuka bicara
Izinkan saya menitip seloka
Usah bimbang hanya bersenda
Assalamualaikum buat semua..
                                                                                       
5Cakna kelas berprestij di abad ini
Berinovasi canggih setiap hari
6 putera dan 14 puteri
Pelbagai karenah mencuit hati..

Bermula dengan ibunda empunya peri
Teramat kasih cintakan kami
Puan Nor Akhmar orangnya baik sekali
Ajar Kimia teori amali..

Gelaran ‘MOYA’ penghormatan padanya
Ketua kelas itulah jawatannya
Khairul Husaini nama sebenarnya
Sentiasa sabar melayan anak buahnya..

Siti Syahirah puteri bestari
Orangnya ayu dan tenang sekali
Jawatan disandang penolong kelas ini
‘Jaejoung’ menjadi pujaan hati..

Penghulu bendahari empunya diri
Orangnya anggun dan berdikari
Cakap orang putih terpegun kami
Itulah Amelia dari Arab Saudi..

Ketua pelajar jawatan tertingginya
Mohamad Iskandar ayah namakannya
Biarpun selamba tegas orangnya
Kalau dah marah boleh tahan juga..

Syira dijadikan nama gelaran
Orangnya tegas lagi berperanan
Aktif juga dalam bidang sukan
Penolong Ketua Pelajar SMK Pandan..

Inilah dia s/u tercinta kami
Ambil kedatangan pengawas setiap hari
Orangnya rajin dan berdisiplin diri
Azmieralah bakal Pakar Sakit Puan kami..

Farahim Zamri itulah namanya
Cantik,lembut,baik oranynya
Sekali pandang terserlah ayunya
2 kali pandang “jangan!berdosa”..

Orangnya tinggi cantik sekali
Menjadi saintis impian diri
Itulah Aini berkaca mata seksi
Moga-moga Berjaya ke U nanti..

Adillah ok,ok orangnya
Tak tahu ‘Add Math’ tanyalah dia
Apabila marah harus berjaga
Nanti meletus Perang Dunia Ke-3..

Fatin Amiera kreatif orangnya
Asyik belajar tak kira masa
Tidak pernah jemu tekun berusaha
Hajat di hati sama-sama Berjaya..

Comel dan nakal itulah orangnya
Atikah Dayana nama sebenarnya
Berkain merah melambangkan jawatannya
Semoga nanti kita akan Berjaya..

Faisal pula comel orangnya
Bercita-cita menjadi peguam ternama
Berkaca mata nampak inteleknya
Wah tembamnya pipi nak cubit rasanya..

Jejaka perasan di kelas kami
Aris Ahmad cerintanya bersiri
Bab berpantun kreatif sekali
Oww,anak emas Pn. Rosliah la ni..

Senyumannya manis sekali
Rosfarisha tuan empunya diri
Sentiasa duduk mendiamkan diri
Kalau dah gelak terus lupa diri..

Pengawas koko jawatan diberi
Tiba pula Edzaidah empunya diri
Beli cermin untuk hias diri
Sentiasa menjaga penampilan diri..

AJK kebersihan itulah jawatannya
Orangnya rajin pembersih semestinya
Sekali tengok ‘tingkatan 1’ agaknya
Bila 2 kali pandang Mahanum rupanya..

Kalau bercakap mengarut selalu
Sorok barang tak pernah nak mengaku
Ke mana saja pasti ‘bersamamu’
Itulah Rahman teman setia Amar la tu..

Ceria dan mesra Amar orangnya
Jangan digoda sudah berpunya
Menolong sahabat itulah kelebihannya
Apabila belajar serius sentiasa..

Pengawas sekolah jawatan diberi
Inilah Linda empunya peri
Jaga pagar setiap hari
Woii..Cikgu Basri kat belakang cepat la lari..

Pemantun terbaik 2011
Dari Siam menetap di Taman Tas
Berkepit dengan Linda di dalam kelas
Rosmawati Tahir memang ada kelas..

Ampun dan maaf saya pinta
Harap-harap jangan terasa
Penulis sendiri ada ceritanya
Kalau tak percaya bacalah semula..

Untuk semua rakan tercinta
Jadikanlah kenangan kita bersama
Dah Berjaya nanti jangan lupa bercerita
Tentana hebatnya kelas kita..

Habis sudah seloka kami
Untuk tatapan semua pembaca
Sebutlah 5Cakna itulah kami
Wa illal liqak penutup bicara..

Ditulis oleh : Mahanum Muhamad Sakri
Diedit oleh : Fatin Nur Azmiera Abd Halin



jamuan perpisahan

Perpisahan? Alahai, sebut pun dah agak perit. Inikan pula nak melaluinya. Tapi setiap pertemuan ada perpisahan kan? Disebabkan kitorang suka sangat spend time sama-sama, kitorang pun buat jamuan perpisahan khas sebelum masing-masing menyambung pengajian.  Walaupun tak semua dapat hadir masa jamuan perpisahan ini, alhamdulillah semuanya tetap dapat dijalankan dengan baik. Aktiviti wajib semestinya bakar ayam. Macam dah jadi menu wajib aje. Kali ni,kitorang buat kat rumah Amelia. Masing-masing mendapat jemputan memandangkan ini program istimewa. Ada hadiah untuk semua. Siap beranugerah bagai. Idea siapa la ni ek?! Hehe.. Jemputan tu idea saya rasanya. Anugerah tu pun kalau tak silap. Idea nak buat anugerah tu muncul sebab tahun lepas jamuan akhir tahun pengawas pun buat anugerah jugak. Idea setiausaha pengawas tahun lepas la. Siapa? Tanya la pengawas SMK Pandan.



Haaa, inilah antara kad jemputan yang dibuat. Sebahagian aje la. Masa gambar ni diambil,kad dah diserahkan kepada masing-masing. Gambar yang diambil sebelum kad ini diserahkan dah ter delete hari tu. Huhu! Cuai!




Welcome ex-5Cakna. Inilah yang menjamu mata kami saat kaki kami mula menapak di kediaman Amelia sekeluarga. Sebenarnya, Amelia jarang duduk kat rumah ni. Sebab parents dia takde. So, dia tinggal dengan pak cik dan mak cik di rumah sebelah tu aje.





Kitorang sama-sama memasak, bakar ayam. Perempuan masak, lelaki bakar ayam. Perkara normal tu. Agak-agak la kan, kalau kita tukar jawatan okay tak? Lelaki masak, perempuan bakar ayam. Okay tak? Kelam-kabut la lelaki sebab 6 orang aje. Perempuan pulak sedap goyang kaki. Gambar yang bawah tu, masa masing-masing nak siapkan crown masing-masing. Tak pasti pulak ni idea siapa. Sama ada idea saya atau Syira Zul. Syira, idea siapa ek? Saya tak ingat la. Yang pasti,idea ni muncul sebab group kelas kitorang kat fb, putera puteri 5 Cakna. Fb ni saya yang buat. Senang nak bincang hal kelas.












Memang normal la ni. Nama pun 5Cakna. Memang tak sah la kalau tak bergambar tu. Sambil masak, sambil menunggu, sambil main game, sambil tengok movie, kita gunakalah peluang dan masa tu untuk bergambar. Bukan senang nak jumpa dah lepas ni. Masing-masing dah belajar jauh. Mesti sibuk. Bak kata orang, hargailah segala peluang yang ada selagi kita berpeluang. Peluang datang cuma sekali. Bukan senang nak dapat peluang kali kedua.
Lepas makan, kitorang main game. Macam biasa la. Main pijak belon. Game wajib kitorang tu. Lepas tu, kitorang main belon air. Masa tu, yang main 8 orang aje. Aris dengan Husaini kalah dulu. Basah Husaini sebab belon tu pecah kat dia. Lepas tu, Amelia pula yang kena. Dia yang cadang, dia yang kena. Haha! Lepas main, Aris dengan Edzaidah buat video gwiyomi sambungan kepada video main belon air tu. Last  sekali, Aris pecahkan belon kat atas kepala Edzaidah.


Yang ini, king and queen of the day. Husaini dan Mahanum. Semua orang dapat anugerah masing-masing. Nak tahu ke senarai tu?
putera blur : Husaini
putera caring : Amar
putera cute : Faisal
putera tidur : Abdul Rahman
putera muscle : Iskandar
putera eeeeeedaman : Aris
puteri pintar : Syerah Azizan
puteri cilik : Mahanum
puteri senyum : Azlinda
puteri fesyen : Rosma
puteri kreatif : Fatin
puteri perasan : Farahim
puteri ketawa : Adillah
puteri nakal : Syira Zul
puteri cermin : Edzaidah
puteri snap : Aini
puteri ayu : Dayana
puteri muslimah : Farisha
puteri panik : Amelia

Setiap anugerah tu hanya kitorang aje yang tahu sebabnya. Sebab kitorang yang lebih kenal 'adik-beradik' kitorang. Dorang pun terima anugerah yang dorang dapat tu dengan hati terbuka. Alhamdulillah, tak ada yang kecik hati









Ini idea tuan rumah, Amelia. Semua orang akan tulis kata-kata terakhir sebagai pesanan untuk semua. Ini cuma sebahagian aje. Yang lain, tak dapat nak masukkan atas sebab-sebab privacy.. Harap maklum.
Bila berakhirnya aktiviti hari tu, kitorang pun sedar yang kitorang dah nak berpisah. InsyaAllah, berpisah di mata tapi bukan berpisah di hati. Mudah-mudahan ikatan ukhuwah yang dibina akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat sepertimana yang telah kita janjikan sebelum ini.





Wednesday, 19 June 2013

jamuan akhir tahun 2012

ASSALAMUALAIKUM..

tengok tajuk je mesti korang boleh teka kali ni kisah pasal sapa kan?haha..semestinya my lovely classmates la..this time,jamuan akhir tahun 2012..2 minggu sebelum SPM..dalam stress dengan exam yang makin dekat,masa tu la kitorang pelajar tingkatan 5 SMK Pandan diberi peluang untuk buat jamuan akhir tahun..walaupun kat sekolah je,tapi kalau kita pandai fikirkan aktiviti menarik yang nak dijalankan,jamuan tu akan rasa lebih seronok berbanding buat kat tempat lain..


haaaa..ini kek secret recipe yang di sponsor oleh Ahmad Faisal & family..mula-mula,kitorang minta Faisal buatkan kek batik yang dia baru belajar dari Cikgu Rosliah..sebelum jamuan tu,dia pernah buat & terbukti memang sedap!kek ni pulak..errr,tak ingat pulak namanya..ada sesiapa tahu?kek ni sangat sedap..rasa macam nak jilat jilat je..sabar,sabar!ahhhh,rindu saat tu!



yang pakai spek ni,guru kelas kitorang merangkap mak kitorang dekat sekolah,cikgu Akhmar..setia mengajar kimia..dari introduction to chemistry(form 4) sampai la chemistry for consumer(form 5)..tu semua atas ajaran cikgu pada kitorang..kelas tambahan je cikgu Siti Normah Aini yang ajar..maafkan kami,cikgu sebab gagal dapatkan result yang cikgu nak dalam SPM..
yang sebelah cikgu Akhmar tu,cikgu Amir..cikgu Biology kitorang masa form 4..cikgu yang setia dengan kitorang masa katak Farahim melompat walaupun dah diberikan cloroform & siap dibedah dalam makmal masa bedah katak dulu..haha..
sebelah tu pulak,cikgu Hizan..cikgu yang ajar lukisan kejuruteraan pada budak 5Canggih (student sains teknikal) & jugak 3 serangkai ni (Amar,Husaini & Abdul Rahman)..cuma dorang bertiga je amik LK..yang lain,amik Biology..
ehhh,lupa pulak..depan cikgu Akhmar tu,ustazah Daleela..sempat ajar kitorang kejap masa form 4..walaupun kejap tapi ustazah pun baik dengan kitorang..sporting sangat..budak nasyid dengan budak sketsa,ustazah pilih kitorang tau..masa kenduri kahwin adik2 ustazah pun,ustazah minta kitorang datang tolong..terharu kejap!



yang berbaju coklat ni,our mummy..Teacher Madiha..kitorang ni manja sangat dengan teacher.. "teacher,esei tak siap lagi..hantar esok la,".. "teacher,pembetulan tak buat lagi.tak sempat.hantar minggu depan boleh?".. macam-macam..termasuk la orang yang cakap tu!hehe..sekarang ni,teacher dah takde kat SMK Pandan..dah pindah..tak sempat kitorang nak jumpa teacher masa result SPM keluar..hukhuk..
yang tengah-tengah tu,Cikgu Rosmina..cikgu sejarah kitorang..dari form 4..kebanyakan cikgu yang ajar kitorang masa form 5 dah start ajar kitorang sejak form 4..cikgu memang sporting..relax aje..boleh nak main-main asalkan kerja siap & result ok..apa yang cikgu ajar sentiasa lekat..memang tak mengantuk sebab suara cikgu memang kuat..haha..
yang baju biru tu,dah story dah..cikgu Rosliah kesayangan kitorang la..haha




nampak belon yang diikat kat kaki tu?haaaa,ini game yang kitorang main lepas makan..haha..ikat belon kat kaki..lepas tu,pijak belon kawan..haha..bising gila kitorang masa tu!kitorang main kat dataran perhimpunan yang diberi nama Dataran Iltizam..budak-budak lain yang kat kelas sampai keluar dari kelas..bersidai kat koridor sebab nak tengok kitorang main..huhu..nasib baik cikgu-cikgu tak marah..bila fikir fikir semula,memang malu..cikgu Basri pun boleh gelak tengok kitorang main..eh,saya tak main sebab saya tak berapa suka pijak belon..so,saya tukang rakam je la..kalau baling belon air tu,ok lagi nak main..tapi pijak belon tu memang tak la..harap maklum ea!





ni masa semua orang tengah ready nak main game!jom ikat belon!masa ni,masing-masing tak sedar pun yang gambar dorang diambil oleh cik Azmiera korang yang agak penakut dengan belon pecah..huhu..ada banyak lagi gambar tapi takpe la..sikit sikit je kita share ea!






part of the war..ada 2 kali game..so,2 kali perang..macam perang dunia la..haha..tak ingat la pulak sapa yang menang setiap game tu..tapi yang pasti,memang kecoh..memang riuh..suara student 5CK aje yang dengar..kelas form 5 lain takde pun sebab dorang tak plan game..dorang buat makan-makan aje..kitorang ni dah biasa buat makan-makan..BBQ,piknik,jamuan..semuanya ada makan-makan plus side activity..bak kata orang,sambil menyelam minum air..yang penting,wajib amik gambar..







korang!aku rindu saat-saat bersama korang..macam dulu..wish can spend time with you guys again..

Monday, 17 June 2013

BBQ 2011

assalamualaikum..

hari ni terasa nak share pasal my lovely classmates lagi..virus apakah yang melanda sekarang ni sampaikan asyik nak cerita pasal dorang je..huhu..favourite activity kitorang ada la spend time sama-sama..since 2011 la..mungkin sebab student dalam kelas kitorang cuma 20 orang je..senang nak handle..lagipun,semua orang sekepala..perangai lebih kurang aje..banyak mulut,gila gambar (sejak awal 2012),kuat makan..kali ni cerita pasal BBQ untuk 2011..ada 2 kali..first tu buat kat rumah saya..30 Mei..yang second tu,BBQ raya..2 minggu lepas raya kalau tak silap la..


masa ni,ramai yang takde..sebab malu nak amik gambar..alahai..masa gambar ni diambil,dah banyak dah gambar..tu yang masing-masing kekeringan idea nak buat pose apa..haha..muka Farisha pun dah menampakkan kepenatan di situ..


anak dara berdua ni..nak goreng mihun pun sempat pose..poyo je lebih..haha..relax,relax..Dilah,Fatin,aku gurau je ek!ops,lupa..masa ni,demam gambar sebab ada DSLR..Iskandar punya..



Encik Iskandar kita ni mengambil serai..nak bakar ayam..haaa,tu memang tugas wajib jejaka tiap kali BBQ..tugas gadis-gadis pula memasak..diketuai Cik Mahanum kita yang kecik molek..dia la yang paling cekap di dapur..yang lain tu,kurang sikt..ehhh!tak bermakna yang lain tak pandai masak tau..belum cuba kitorang masak,belum tahu..




yang seorang ni,mengadap lappy pulak..main game pulak tu..isyh3!orang lain sibuk buat kerja,bermandi peluh bakar ayam & masak,kau mengadap game pulak..haha..nampak tak muka fokus teramat sangat tu?


ini Nazren..nama manjanya,Ayen..sangat peramah dengan perempuan..eh!bukan playboy tau..cuma rapat dengan perempuan..ada je masa terluang dalam kelas,dia mesti datang kat perempuan..nak borak sama-sama..dia bergelar student 4CK 2011 setengah tahun aje..lepas tu,dia pindah SMK Sungai Soi..Ayen,apa cerita kau sekarang?dulu kau rajin call,mesej..sekarang dah menyepi ek..dah lupakan kitorang ke?hopefully no..



ada orang 'mengidam' nak minum air kelapa..disebabkan rumah ni ada pokok kelapa,silakanlah panjat sendiri ea..hasilnya jangan lupa dikongsi bersama..



waktu makan!yeayyy!ayam dah siap,nasi dah masak,lauk pun dah terhidang!doa,jangan lupa..separuh makan kat beranda,separuh makan kat pondok kat luar tu..nak makan bersila atau kat meja..pilihlah..pilihan di tangan anda


kalau tadi,sebilangan kecil gambar masa first BBQ..now,second BBQ..BBQ raya 2011..



oh ya!lupa nak bagitahu..yang tengah-tengah tu,mama BM kesayangan 5CK..cikgu Rosliah..selalu join kitorang tiap kali kelas kitorang buat aktiviti..kadang-kadang orang akan fikir yang cikgu ni guru kelas kitorang..hakikatnya cikgu BM untuk 2 tahun..memang rapat dengan kitorang..sangat sporting,baik..kek cikgu paling sedap..masa birthday saya tahun lepas,cikgu siap belikan kek sebab tak sempat nak buat kek yang mak saya order dengan cikgu..


tengok!tepi jalan pun boleh pose..haha..nasib baik la takde orang lalu masa tu..masa BBQ ni,pagi pakai baju raya..petang lepas makan & solat pulak pakai t-shirt sebab ada game..Mahanum je tak tukar sebab tak bawak baju kalau tak silap..huhu..



nampak tak sebahagian kegilaan kitorang?childish!haha..tak sedar diri masing-masing dah 16 masa tu..eh,kejap..baru setahun 6 bulan kan?haha..perasan tahap melampau..ni baru sikit je perangai gila-gila kitorang tau..banyak lagi..tapi tak dapat nak tunjuk semua atas sebab-sebab tertentu..haha..gambar untuk setiap BBQ ni ada 200 keping lebih kurang..tapi tak dapat nak masuk semua..so,masuk yang patut je la (termasuk la bab aurat)..masa ni,masing-masing still dalam proses menuju menutup aurat yang sebenar-benarnya..
tahu tak kenapa saya suka sangat cerita pasal dorang?sebab saya sangat seronok bersama mereka..masing-masing menyempurnakan hidup yang lain..persahabatan kitorang semua seolah-olah dah lengkap..macam tu la hati saya rasa..andai dapat diundurkan kembali waktu,saya teringin sangat nak kembali ke 2012..zaman persekolahan yang paling menyeronokkan!