hari ni terasa nak share pasal my lovely classmates lagi..virus apakah yang melanda sekarang ni sampaikan asyik nak cerita pasal dorang je..huhu..favourite activity kitorang ada la spend time sama-sama..since 2011 la..mungkin sebab student dalam kelas kitorang cuma 20 orang je..senang nak handle..lagipun,semua orang sekepala..perangai lebih kurang aje..banyak mulut,gila gambar (sejak awal 2012),kuat makan..kali ni cerita pasal BBQ untuk 2011..ada 2 kali..first tu buat kat rumah saya..30 Mei..yang second tu,BBQ raya..2 minggu lepas raya kalau tak silap la..
masa ni,ramai yang takde..sebab malu nak amik gambar..alahai..masa gambar ni diambil,dah banyak dah gambar..tu yang masing-masing kekeringan idea nak buat pose apa..haha..muka Farisha pun dah menampakkan kepenatan di situ..
anak dara berdua ni..nak goreng mihun pun sempat pose..poyo je lebih..haha..relax,relax..Dilah,Fatin,aku gurau je ek!ops,lupa..masa ni,demam gambar sebab ada DSLR..Iskandar punya..
Encik Iskandar kita ni mengambil serai..nak bakar ayam..haaa,tu memang tugas wajib jejaka tiap kali BBQ..tugas gadis-gadis pula memasak..diketuai Cik Mahanum kita yang kecik molek..dia la yang paling cekap di dapur..yang lain tu,kurang sikt..ehhh!tak bermakna yang lain tak pandai masak tau..belum cuba kitorang masak,belum tahu..
yang seorang ni,mengadap lappy pulak..main game pulak tu..isyh3!orang lain sibuk buat kerja,bermandi peluh bakar ayam & masak,kau mengadap game pulak..haha..nampak tak muka fokus teramat sangat tu?
ini Nazren..nama manjanya,Ayen..sangat peramah dengan perempuan..eh!bukan playboy tau..cuma rapat dengan perempuan..ada je masa terluang dalam kelas,dia mesti datang kat perempuan..nak borak sama-sama..dia bergelar student 4CK 2011 setengah tahun aje..lepas tu,dia pindah SMK Sungai Soi..Ayen,apa cerita kau sekarang?dulu kau rajin call,mesej..sekarang dah menyepi ek..dah lupakan kitorang ke?hopefully no..
ada orang 'mengidam' nak minum air kelapa..disebabkan rumah ni ada pokok kelapa,silakanlah panjat sendiri ea..hasilnya jangan lupa dikongsi bersama..
waktu makan!yeayyy!ayam dah siap,nasi dah masak,lauk pun dah terhidang!doa,jangan lupa..separuh makan kat beranda,separuh makan kat pondok kat luar tu..nak makan bersila atau kat meja..pilihlah..pilihan di tangan anda
kalau tadi,sebilangan kecil gambar masa first BBQ..now,second BBQ..BBQ raya 2011..
oh ya!lupa nak bagitahu..yang tengah-tengah tu,mama BM kesayangan 5CK..cikgu Rosliah..selalu join kitorang tiap kali kelas kitorang buat aktiviti..kadang-kadang orang akan fikir yang cikgu ni guru kelas kitorang..hakikatnya cikgu BM untuk 2 tahun..memang rapat dengan kitorang..sangat sporting,baik..kek cikgu paling sedap..masa birthday saya tahun lepas,cikgu siap belikan kek sebab tak sempat nak buat kek yang mak saya order dengan cikgu..
nampak tak sebahagian kegilaan kitorang?childish!haha..tak sedar diri masing-masing dah 16 masa tu..eh,kejap..baru setahun 6 bulan kan?haha..perasan tahap melampau..ni baru sikit je perangai gila-gila kitorang tau..banyak lagi..tapi tak dapat nak tunjuk semua atas sebab-sebab tertentu..haha..gambar untuk setiap BBQ ni ada 200 keping lebih kurang..tapi tak dapat nak masuk semua..so,masuk yang patut je la (termasuk la bab aurat)..masa ni,masing-masing still dalam proses menuju menutup aurat yang sebenar-benarnya..
tahu tak kenapa saya suka sangat cerita pasal dorang?sebab saya sangat seronok bersama mereka..masing-masing menyempurnakan hidup yang lain..persahabatan kitorang semua seolah-olah dah lengkap..macam tu la hati saya rasa..andai dapat diundurkan kembali waktu,saya teringin sangat nak kembali ke 2012..zaman persekolahan yang paling menyeronokkan!
No comments:
Post a Comment