Thursday, 13 June 2013

form 6?nak terima atau tolak?

assalamualaikum..
form 6?apa pandangan korang?firstly,orang akan kata low class..budak form 6 ni tak dapat tawaran mana2..eh,sapa kata?bukan tak dapat tawaran tapi tawaran tu tak sama dengan minat..kedua,orang akan kata boring sebab kena masuk sekolah semula,pakai baju sekolah..bak kata cikgu sejarah saya,tu semua fikiran sempit..sebenarnya,kita lagi muda sebab still sekolah..banding dengan kawan2 yang dah masuk U atau matrik..haha..
kalau nak tahu,saya budak form 6..sekarang ni,form 6 penggal 1..mula-mula,memang rasa malu sebab orang pandang serong pada kita..tapi sekarang,tak dah..buat apa kita nak fikir apa orang kata?kita yang jawab exam..bukan dorang..form 6 ni sebenarnya untung..jimat masa banding dengan diploma..kurang sikit saingan dari matrik..walaupun susah tapi STPM diiktiraf 1 dunia..sejak guna sistem modular ni,orang kata senang sikit..yang tu,tak tahu nak cakap..sebab tak pernah rasa sistem terminal macam dulu..bezanya,sekarang pakai PBS..belajar ikut sem..3 kali jawab STPM..kalau result sem 1 dengan sem 2 tak ok,boleh repeat lepas sem 3 tapi kena bayar la..RM50 1 paper..lagipun,bukan senang nak dapat UPU..sapa dah rasa je yang tahu betapa susahnya..kalau pergi IPTS,banyak duit kena keluar..memang PTPTN ada tapi sakit sikit la masa nak bayar balik..bertahun nak menghabiskan bayar balik hutang tu..
masa keluar keputusan tawaran form 6 baru ni,ramai classmate saya yang dapat..tapi cuma 3 orang je terima form 6..saya,Aris,Iskandar..yang lain,tak nak..kaunselor kitorang punya la bangkang dorang tolak..kata cikgu Mokhtar,form 6 banyak sangat kelebihan tapi orang tak nampak..nak buat macam mana cikgu,orang fikir negatif pasal form 6 ni..sampai sekarang,ada lagi yang tak dapat sambung study mana-mana kerana terlalu mengharapkan UPU..tapi tak dapat..nasib tak menyebelahi..mungkin ada yang lebih baik kat tempat lain selain UPU..
orang kata nak masuk form 6 ni kena berani,kena ada jati diri yang kuat..sebab semua orang akan asak ayat yang sama.."form 6 ni susah"..dah pernah rasa..tapi buat pekak je la..jadikannya sebagai pembakar semangat..gagal capai kejayaan masa SPM,bukan bermakna gagal masa STPM jugak..ada je yang berjaya STPM walaupun gagal SPM..yang penting,usaha,doa,tawakal..insyaAllah Allah sentiasa di sisi kita..
tapi kalau masa SPM jadi pelajar sains tulen,masa STPM ni kena fikir betul-betul la sama ada nak teruskan sains tulen atau tukar aliran..ambil sastera..orang kata STPM ni senang sebab 5 subjek je..subjek wajib STPM ialah pengajian am dengan MUET..untuk sem 1 ni,pengajian am banyak belajar macam sejarah form 5..pasal konsep negara,perlembagaan..MUET pulak Malaysian University English Test..subjek yang lain tu,bergantung pada aliran dan sekolah yang kita daftar tu la..
pasal baju pulak,bergantung pada sekolah jugak..ada sekolah kain hitam,ada yang kain merah,ada kain biru..yang penting,kasut hitam..ala,jangan jadikan baju sekolah sebagai alasan kita nak tolak tawaran form 6..comel apa pakai baju sekolah..kan?
apa-apa pun,fikir positif..kalau orang lain boleh buat,kita pun boleh buat jugak..fikir betul-betul apa yang terbaik untuk kita..jangan terpengaruh dengan apa yang kawan kata..sebab kadang-kadang ada kawan yang nak musnahkan kita..ingat tu!semoga apa yang saya share ni memberi manfaat pada korang semua..mudah-mudahan..bagi yg dah bergelar pelajar tingkatan 6 a.k.a pra U tu,jangan rendah diri sangat tau..berbangga la dengan gelaran tu..bukan semua orang dapat rezeki tu..
ok la,sampai sini aje untuk kali ni..till next post!
wassalam..

No comments:

Post a Comment