Saturday, 15 June 2013

5CAKNA 2012 SMK PANDAN

assalamualaikum..
hari ni,mood nak bercerita mengenai sahabat sekelas saya tahun lepas (dalam hati,ada rindu tika ini)..walaupun sekarang saya dapat classmates baru tapi dorang tak mampu gantikan classmates saya tahun lepas..dorang memang the best!walaupun kitorang dah terpisah sekarang tapi kitorang still rapat macam dulu..sesibuk mana pun,kitorang tetap contact each other walaupun sekejap je..



ini la dia classmates saya tahun lepas..ada 20 orang termasuk saya..tapi masa gambar ni diambil,ada seorang tak datang..mula-mula,ramai tak nak ambil gambar ni sebab tak cukup seorang tapi disebabkan faktor kesuntukan masa ketika itu,terpaksa la kami ambil jugak..kesian pada abdul rahman..


ini la dia 6 jejaka di kelas 5CK..yang belakang sekali tu(dengan muka poyo nya),Iskandar..tahun lepas,dia la ketua pengawas merangkap ketua pelajar sekolah..hensem?err,no comment!jangan berangan nak try..dah berpunya tu!kerja dia dalam kelas,melalak je..asyik asyik lagu belaian jiwa..hurmm,sampaikan kitorang dah tahu dah lirik lagu tu..siap hafal lagi..nampak je macam tu tapi bila marah..wooo!memang tak percaya tu dia..
seterusnya,dari kiri..Ahmad Faisal..anak bongsu teacher Khuriati..pendiam orangnya..pemalu jugak..bila dia malu,muka dia bertukar jadi merah..blushing!comel..tang tu,ramai budak perempuan kelas kitorang suka..haha..sekarang ni,bergelar student UiTM course sains komputer..
haaaa..sebelah Faisal tu la Abdul Rahman..yang seorang ni,masalah sikit..dalam kelas,selalu sangat tidur..sebab tu,dia dapat gelaran putera tidur..haha..memang tak dapat nak dibantu..cikgu-cikgu pun tak tahu nak buat apa..selain dari tu,dia memang ok..
yang tengah tu pulak,Aris..anak Pak Cik Ahmad,pegawai bank..1 sekolah pandan tu tahu yang Aris ni playboy..pantang nampak budak comel sikit,dia mesti nak try..tapi dia ni sangat protective..kalau ada apa-apa terjadi pada classmates kitorang,dia memang sangat ambil berat..pernah 1 kes,ada budak lelaki nak cari gaduh dengan geng Siti Aini pasal facebook,Aris la yang pergi belasah mamat tu..tak pasal-pasal dia kena panggil dengan cikgu..isyh!isyh!isyh!student pra U SMK Seri Mahkota aliran sains sukan..sama dengan iskandar..
ini pulak Husaini a.k.a Moya..inilah ketua tingkatan kitorang..dia ni jugak pengerusi persatuan ketua & penolong ketua tingkatan sekolah tahun lepas..pendiam tapi kuat loyar buruk..tak larat nak layan kadang-kadang..blurr je dia tu..haha..dia ni sangat mementingkan kebajikan anak buah (kitorang la)..bakal engineer..student UMP..
the last prince,Amar..yang ni,memang semua orang mengaku dia hensem..muka dia sweet je tengok..ramai secret admirer sejak masuk nasyid..wakil sekolah..jadi tukang gendang..bak kata ustazah  Daleela,cara dia bergendang tu yang buatkan ramai terpikat pada dia..yep,setuju dengan ustazah..kitorang semua dah macam adik-beradik..so,memang takde perasaan antara 1 sama lain kecuali sayang sebagai sahabat..



ini la gambar kelas kitorang tahun lepas..bersama umi kitorang..ustazah Che Hanisah..ustazah ajar kitorang dari form 3 lagi..ustazah dah kenal perangai sorang sorang..jadi,senang je nak uruskan kitorang..kan ustazah?
yang duduk depan sebelah kanan ustazah tu,penolong ketua kelas..syerah Azizan..dalam kelas ada 2 syahirah..peminat tegar TVXQ terutama Hero..pandai cakap Korea,wo!sekarang ni,student di kolej matrikulasi johor..
yang belah kiri ustazah tu,mahanum..kecik je orangnya..tapi bila marah,mak aiihhhh!yang lagi besar dari dia pun takut..dipanggil mama dalam kelas..our little mama..paling cekap di dapur kalau nak banding dengan girls yang lain..hehe
belakang dari kanan tu azlinda..pendiam orangnya tapi suka sangat senyum..orang cakap apa-apa,senyum..orang bagi barang,senyum..banyak betul sedekah dia buat..alhamdulillah..murah rezeki kau,azlinda!
next is Dayana..ada junior kitorang panggil dia akak muka kuning..sebab muka dia kuning langsat..nak nombor?memang tak la..dah berpunya tu..
haaaa!ini la dia syahirah kedua..Syira Zul..penolong ketua pengawas..pengedar utama Running Man dalam kelas kitorang..salah seorang pendorong saya untuk jadi peminat setia Running Man..kawan baik saya sejak form 3..& insan yang ajar saya cara nak buka blog ni..& jugak insan yang ajar saya untuk ketagih cool blog!
cik Farisha kita ni,manis orangnya..pendiam la jugak tapi bila dah mula buka mulut,susah pulak nak tutupnya..haha..dalam kelas,memang lumrah sebab semua orang suka bercakap..haha..suka sangat kalau dapat lepak dengan dia petang-petang..rumah kitorang dekat je..naik basikal 5 minit sampai dah..
Rosma ni pulak,pemantun terbaik..adik-beradik dia semua macam tu..wakil pantun sekolah..sampai peringkat negeri..dia ni memang up-to-date dengan fesyen..
di tengah tu,Siti Aini..pengguna setia minyak cap kapak saya terutama bila gastrik menyerang..sama macam Aris..Aini ni dilantik sebagai ceti halal pengawas sekolah..menggunakan prinsip berlembut dalam meminta bayaran..alhamdulillah,masing-masing bagi kerjasama..
satu-satunya pengawas kokurikulum dalam kelas,Edzaidah..inilah penyebar virus bergambar dalam kelas kitorang..dulu,masing-masing punya la pemalu nak bergambar (termasuk la saya) tapi sekarang dah tak lagi..terima kasih kepada Ed..sampaikan 1 sekolah tahu yang 5CK ni gila gambar..isyh3!
Fatin ni pulak,puteri kreatif dalam kelas..setiausaha pengawas PSS..Fatin ni terlalu kreatif..kadang-kadang kitorang pun tak fikir sekreatif dia..untung dapat classmates yang ada lain-lain keistimewaan ni..
Adillah..hurmm..yang seorang ni,kalau mengamuk memang menggerunkan..rasanya singa pun boleh kalah..erk!sampaikan dia dapat anugerah pengawas paling garang masa jamuan akhir tahun pengawas tahun lepas hasil undian pengawas-pengawas..student matrik gambang..
ini pulak Farahim..dalam carta organisasi pengawas sekolah,dia la penolong saya..sejak dia masuk kelas kitorang,ramai yang dah berubah ke arah lebih menutup aurat..pakai sarung lengan walaupun pakai baju lengan panjang..makin melabuhkan tudung..alhamdulillah..sekarang ni,student diploma sistem maklumat perakaunan..hakikatnya,lari dari cita-cita sebenar dia..
the last one,me!haha..saya mengaku saya tak secomel yang lain..tapi saya dah cukup bersyukur dengan kurniaan Allah pada saya..saya ni setiausaha pengawas sekolah,kelas,kelab BI,SLAD..haha,banyak kan?oh ya!& jugak pembekal kertas dalam kelas sebab masing-masing malas nak bawak kertas sendiri..haha..takpe,sharing is caring..kan korang?!
dalam kelas kitorang,ada macam-macam jawatan..ketua pengawas sekolah,pengawas PSS,pengerusi PRS..setiausaha pengawas sekolah,pengawas PSS,PRS..bolot?tak la..ahli jawatankuasa unit uniform,kelab & permainan dari pengerusi sampai ke AJK kebanyakan student 5CK..penerima hampir semua anugerah pun 5CK..tu yang kelas lain banyak tak puas hati..lumrah kehidupan..



ini gambar masa kami semua terkurung di blok C..balik lewat punya pasal..gambar ni cikgu yang ambil..sebab cikgu pun ada dengan kitorang masa tu..nasib baik cikgu ada..kalau tak,sampai pagi esok agaknya kitorang terkurung kat situ..



ini gambar masa kitorang lepak kat kedai ABC kat padang Taman Tas..tauke kedai pun dah tahu yang kitorang akan datang sini ramai-ramai & kitorang tak akan order selagi tak cukup kuota..ABC & laksa kat sini memang the best!(promote kejap)

ini geng 7 beradik..kak long kat tengah..angah kat belakang belah kanan..yang lain,tak ingat la gelaran masing-masing..haha..gabungan 2 group..zefasyaida & esris..


ini salah 1 gambar masa first BBQ tahun 2011..
ini pulak kenangan masa kak Nad Zainal datang sekolah kitorang..bukan senang dia nak datang..

ini la antara kenangan yang pernah kami lalui bersama-sama..kitorang telah melalui susah senang bersama selama 2 tahun ni..makan sama-sama,kena marah sama-marah,jalan sama-sama,senyum sama-sama,menangis sama-sama..kalau nak diceritakan kesemuanya,memang tak habis..sejujurnya,mereka la classmates terbaik yang pernah saya miliki..20 orang yang sekepala,saling membantu antara 1 sama lain tanpa ada yang dipinggirkan..korang,aku sayang korang sangat-sangat!

No comments:

Post a Comment